Sunday, May 31, 2009


Tadika Tunas Bestari di tubuhkan pada hujung tahun 1992 yang dikenali sebagai Taman Pra Sekolah Tunas Harapan dan pada masa itu beroperasi di sebuah Rumah Teres Dua Tingkat Lot tepi, Seksyen 8, Shah Alam. pada msa itu Tadika ini mempunyai 40 orang murid sahaja. Selepas empat (4) tahun kemudian, Tadika ini berpindah pula ke Rumah Teres Dua Tingkat Lot tepi di Seksyen 20 yang mempunyai murid seramai 100 orang sahaja.

Pada tahun 1995 pehak pengurusan Tadika telah membeli tapak Tadika melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan membina bangunan Tadika sendiri pada tahun 1997. Kemudian perpindah ke Bangunan baru pada tahun 1999 dengan murid berjumlah 120 orang. Pada masa yang sama Tadika ini telah menukar nama dari Taman Pra sekolah Tunas Harapan kepada Tadika Tunas Bestari atas nasihat Kementerian Pendidikan Selangor, D.E

Tadika ini telah mendaftar dengan Kementerian Pendidikan Selangor pada tahun 2000 dengan no sijil pendaftaran : Sel (TDK) 1844/2001